Webinar Nadi X Wellbeing – Sakit Jantung Bukan Hanya Lelaki – Wanita Pun Ramai Tapi Terlewat Dikesan ! | W084

27 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 September 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Sakit Jantung Bukan Hanya Lelaki – Wanita Pun Ramai Tapi Terlewat Dikesan! secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini disampaikan oleh Dr. Noor Sharizat Binti Abdullah, Pakar Perubatan Dalaman.

Tujuan penganjuran Webinar Sakit Jantung Bukan Hanya Lelaki – Wanita Pun Ramai Tapi Terlewat Dikesan secara atas talian ini adalah untuk memberi kesedaran wanita tentang tanda-tanda awal penyakit jantung yang sering terlepas pandang atau disalah anggap sebagai masalah kesihatan lain. Menjelaskan faktor risiko penyakit jantung dalam kalangan wanita, termasuk gaya hidup, pemakanan, tekanan, dan faktor hormon. Memberi panduan pencegahan melalui amalan hidup sihat, pemeriksaan kesihatan berkala, dan rawatan awal. Menyokong usaha meningkatkan literasi kesihatan awam agar wanita lebih prihatin terhadap kesihatan jantung mereka. Di samping itu, dapat mempelajari langkah pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, pengurusan stres dan kepentingan aktiviti fizikal. Webinar ini juga menggalakkan wanita menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai langkah pencegahan awal.

Webinar ini diharap dapat memberi motivasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan, program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan individu tetapi turut menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan komuniti apabila wanita berada dalam keadaan sihat dan produktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali